About Me

2 pesakit Covid-19 cedera ringan, khemah rosak dibadai ribut


Pelabuhan Klang: Dua pesakit Covid-19 cedera dan tujuh khemah rosak dalam kejadian ribut di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang, Jalan Pekeliling di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian terbabit pada 11.50 pagi.

"Polis menerima laporan berlaku insiden ribut yang merosakkan tujuh daripada 12 khemah di CAC berkenaan pada 11.30 pagi semalam.

"Akibat kejadian itu juga, dua mangsa yang berada di bawah khemah mengalami cedera ringan di kepala.


"Kedua-dua pesakit berkenaan dirawat oleh pihak CAC berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman ketika dihubungi berkata, beliau juga mengambil maklum mengenai kejadian ribut yang menyebabkan khemah di luar dewan yang dijadikan ruang menunggu pesakit rosak.

"Terdapat dua pesakit yang mengalami cedera ringan dan diberi rawatan yang sewajarnya di CAC berkenaan.

"Pesakit yang cedera ringan meneruskan kuarantin di rumah dan diberikan 'home surveillance order'," katanya.

Menurutnya, tiga kenderaan turut mengalami kerosakan kecil dalam kejadian itu dan Pasukan Bencana Daerah Klang digerakkan ke lokasi untuk tindakan penilaian dan pembaikan kerosakan.

Katanya, sebuah khemah rosak teruk dalam kejadian terbabit dan beberapa buah yang rosak akan dibaiki.

Sejak semalam, tular di media sosial beberapa video serta gambar kejadian ribut yang didakwa berlaku kira-kira 15 minit.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!