About Me

11 ditahan berpesta hari jadi di kondominium mewah


SEBERANG PERAI – Seramai 11 individu termasuk tiga wanita warga Vietnam yang sedang leka meraikan parti hari jadi di sebuah kondominium mewah di Jalan Perai di sini terkedu apabila diserbu polis malam tadi.

Serbuan kira-kira pukul 11 malam itu dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang yang diketuai Pegawai Turus, Deputi Superintendan Akmal Yahya selepas menerima aduan awam.

Tanpa menghiraukan ketenteraman penduduk lain, kumpulan itu dikatakan memasang lagu dengan alunan muzik yang kuat sempena meraikan hari jadi salah wanita warga asing itu yang juga penyewa di unit kondominium terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, siasatan mendapati unit kondominium di tingkat 19 itu disewa kumpulan wanita berkenaan bersama dua lagi rakan mereka.

Menurutnya, bagi memeriahkan parti hari jadi itu mereka mengundang rakan dan teman lelaki masing-masing ke acara berkenaan.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 35 tahun itu didapati sedang leka berhibur sebelum menyedari kehadiran anggota polis.

“Malah ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap mereka mendapati lima daripadanya termasuk seorang wanita positif dadah,” katanya kepada pemberita hari ini.

- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!