About Me

Wujud Food Bank hargai pelanggan terkesan


Slim River: Menyedari ramai terkesan dengan pandemik Covid-19, pengusaha sebuah stesen minyak, di sini, mewujudkan 'Food Bank' untuk meringankan beban orang ramai.

Walaupun baru empat hari dimulakan, bank makanan berkenaan yang menyediakan barangan keperluan asas menerima sambutan amat baik.

Aidil Rashdan Othman, 51, berkata ramai pelanggan memberi idea untuk mewujudkan bank makanan berkenaan bagi membantu golongan terjejas terutama mereka yang kehilangan pekerjaan.

Katanya, barangan keperluan asas yang disediakan ketika ini hanya menggunakan kewangannya sendiri.

"Saya gembira apabila melihat pelanggan yang kebanyakan terdiri penduduk di kawasan ini tersenyum ketika mengambilnya dengan rasa bersyukur.

"Apa salahnya sesekali kita membantu pelanggan atau penduduk yang selama ini begitu setia menjadi pelanggan tetap di stesen minyak ini," katanya ketika ditemui, dekat sini.

Aidil Rashdan berkata, selain kerajaan membantu golongan terkesan akibat Covid-19, dia juga rasa bertanggungjawab untuk turut serta berbuat demikian.

"Saya juga mengalukan mana-mana orang perseorangan atau dermawan untuk turut serta menyumbangkan untuk mempelbagaikan barangan di Food Bank ini.

"Insya-Allah, saya akan memastikan Food Bank di stesen minyak ini terus berfungsi sekali gus dapat memberi manfaat kepada golongan terkesan tanpa mengira bangsa dan agama

"Walaupun sumbangan ini tidaklah sebesar mana, namun saya berharap dapat mengurangkan sedikit beban bagi mereka yang terputus bekalan makanan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!