About Me

Warga emas ditemukan lemas di tasik


Padang Besar: Warga emas ditemukan lemas selepas tidak pulang daripada menangkap ikan di Tasik Timah Tasoh, di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 73 tahun itu tidak pulang selepas keluar menangkap ikan di tasik berkenaan sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifuddin Aslin Abbas berkata, kali terakhir mangsa dilihat berada di gigi air jam 6 petang semalam.

"Anak mangsa memberitahu kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Padang Besar yang kemudiannya memaklumkan kepada polis bahawa bapanya tidak pulang sejak semalam.

"Operasi mencari mangsa kemudian digerakkan bermula 12 tengah malam oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Padang Besar dan Kangar bagaimanapun gagal menemui mangsa," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Katanya, pencarian kemudian diperluaskan kepada dua kawasan iaitu dusun buah-buahan milik mangsa yang terletak berhampiran dan tasik.

"Mayat akhirnya ditemukan di Tasik Timah Tasoh pada jam 3.45 petang tadi.

"Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk proses bedah siasat," katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!