About Me

Warga asing itu memakai gelang merah jambu untuk jalani saringan - Polis


Rembau: Polis mendapati dua warga asing yang memakai gelang pengawasan berwarna merah jambu seperti ditularkan di media sosial, baru-baru ini, bukannya sengaja berjalan di tempat awam, sebaliknya dalam perjalanan menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Rembau, di sini.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya mengambil maklum kebimbangan orang ramai berikutan penularan video berdurasi 43 saat di pelbagai aplikasi dan media sosial yang memaparkan dua individu itu berjalan di penempatan penduduk walaupun memakai gelang pengawasan.

Beliau berkata, dalam paparan video itu, warga asing berkenaan terbabit berjalan di tempat awam sebelum dimarahi seorang lelaki yang menaiki kereta di kawasan terbabit.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki warga asing itu adalah pekerja di sebuah kilang dalam daerah ini.


"Semasa kejadian, kedua-dua lelaki itu sedang menuju ke bas yang disediakan majikan bagi tujuan membawa pekerja menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Rembau," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Katanya, dalam kejadian itu, polis percaya berlaku salah faham dan kegusaran terhadap masyarakat berhubung pergerakan kedua lelaki warga asing ini, justeru pihaknya sudah memberi pencerahan kepada penduduk di kawasan itu bagi mengurangkan kebimbangan mereka.

"Kami berjumpa dengan wakil penduduk kawasan bersama-sama individu lelaki yang merakam video itu bagi menjelaskan situasi sebenar tujuan kedua-dua lelaki warga asing dilihat berjalan di kawasan awam.

"Saya juga berjumpa dengan kilang dan memberi amaran keras agar lebih bertanggungjawab bagi memastikan kemudahan semua pekerja dalam kawasan itu diberi perhatian tanpa mengabaikan pematuhan prosedur standard operasi pergerakan pekerja yang dikuarantin," katanya.

Hazri berkata, polis meminta agar masyarakat prihatin, menjadi mata dan telinga kepada polis bagi mengekang penularan wabak covid-19 dengan melaporkan pada kadar segera sekiranya terdapat mana-mana pihak atau individu yang dikesan melanggar SOP yang ditetapkan.

"Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau amat mengalu-alukan sebarang maklumat orang awam yang ingin menyalurkan sebarang info boleh menghubungi Pusat Kawalan IPO Rembau di talian 06-6851999," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!