About Me

Warga asing ‘berpesta’ di pusat kuarantin


MELAKA – Satu klip video memaparkan sekumpulan pekerja warga asing ‘berseronok’ dipercayai berlaku di sebuah pusat kuarantin di negeri ini tular dalam media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 43 saat itu menunjukkan pesakit lelaki menari beramai-ramai dengan berlatarbelakangkan lagu Hindustan.

Video itu bagaimanapun mencetuskan rasa tidak berpuas hati dalam kalangan netizen yang mendakwa kes positif di negeri ini meningkat disebabkan sikap kurang peka golongan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi menafikan kejadian itu membabitkan pesakit warga asing yang dikuarantin di negeri ini.

“Ada yang mendakwa kejadian itu berlaku di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MITC, Ayer Keroh.

“Semakan mendapati kejadian itu tidak berlaku di negeri ini, namun lokasi sebenar tidak dapat dipastikan,” katanya.

Dalam pada itu, Rahmad turut mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak menghebahkan atau berkongsi maklumat tidak tepat terutama yang berkaitan Covid-19. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!