About Me

Warden pusat jagaan didakwa rogol penghuni


IPOH – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol penghuni wanita sebuah pusat jagaan swasta, Oktober lalu.

Tertuduh, Ahmad Irang @ Suhiran Aris, 43, yang merupakan warden di pusat jagaan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol penghuni wanita berusia 33 tahun apabila dia mengetahui tentang kecacatan mental, gangguan emosi atau kecacatan fizikal wanita itu pada perlakuan jenayah.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 376 (2) (k) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan selain pengawasan polis maksimum tiga tahun jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi manakala tertuduh diwakili peguam, Datin K. Shamini.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!