About Me

UAS tolak ujian saringan Covid-19 walaupun ada gejala


JAKARTA – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) mengaku pernah mengalami gejala Covid-19 tetapi tidak menjalani sebarang ujian saringan, lapor Suara.com semalam.

Menurut UAS, apabila ada yang bertanya sama ada dia pernah dijangkiti Covid-19, dia tidak tahu tetapi ada mengalami gejala serupa.

Kata UAS, pada waktu itu, dia kehilangan deria bau, sakit badan dan kepala selepas pulang dari luar bandar baru-baru ini.

“Saya tidak boleh bau durian, tulang-tulang dalam badan seperti mahu patah dan kepala saya seperti dihempap batu berat.

“Namun saya tidak pernah pergi ke hospital untuk menjalani ujian saringan kerana bagi saya, sakit Covid-19 bukan satu hukuman. Setiap yang hidup pasti akan mati, jadi saya jalani hidup apa adanya,” katanya.

Baru-baru ini, UAS pernah mencetuskan kontroversi apabila mengecam tindakan kerajaan Indonesia menutup masjid di kawasan yang dikenakan perintah berkurung dan mengatakan agama dijadikan kambing hitam dalam perang melawan pandemik. 

– Agensi

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!