About Me

Tun M doakan Malaysia maju


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendoakan agar Malaysia dimajukan oleh semua pihak sehingga tercapai matlamat untuk menjadi negara maju sempena ulang tahun kelahirannya hari ini.

Mahathir dalam satu ucapan di Facebooknya turut melahirkan rasa bersyukur kerana diberi masa dan peluang berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

“Saya ingin ucap terima kasih kepada semua yang telah ucap Selamat Hari Lahir saya yang ke-96.

“Saya pohon maaf jika ada yang saya lakukan menyinggung mana-mana pihak,” katanya.

Ucapan itu turut disertakan dengan sebuah video berdurasi lebih satu minit memaparkan beberapa peristiwa ketika beliau mentadbir negara.

Beliau yang merupakan Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!