About Me

Tular video ‘makan-makan’ tepi sungai


PETALING JAYA – Walaupun negara kini berdepan dengan wabak Covid-19 yang semakin serius, ternyata masih ada lagi pihak yang degil dan tidak menghiraukan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Hari ini, tular sebuah rakaman video di laman sosial memaparkan beberapa orang dipercayai penduduk kampung berkumpul dan makan beramai-ramai di tepi sungai.

Menurut individu yang memuatnaik video berkenaan di sebuah Facebook Page ‘Viral’ petang tadi, video tersebut dirakam di Kampung Sepakat Baru, Skudai, Johor.

Berdasarkan suara perakam video itu pula, dipercayai individu-individu yang dilihat sedang menjamu selera tersebut merupakan peserta atau petugas yang terlibat dengan sebuah program berkaitan vaksin dan pematuhan SOP.

Video tersebut juga mengundang kemarahan netizen dan menganggap semua pihak yang dirakam dalam video berkenaan tidak bertanggungjawab dan wajar dikenakan tindakan tegas.

“Boleh pula duduk ramai-ramai sambil makan-makan tidak ikut SOP. Mana Kementerian Kesihatan (KKM)? Apa lagi pergilah keluarkan surat saman, duduk pula rapat-rapat,” kata Che Man.

“Bila kena saman, cakap kerajaan zalim. Sedangkan diri sendiri yang zalim, orang lain patuh SOP, kamu langgar SOP,” kata Syah Sony.

Sama seperti negeri lain, Johor kini masih berada di Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) di mana mengikut SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat adalah tidak dibenarkan. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!