About Me

Trauma selepas kehilangan 'umi' akibat Covid-19


Alor Setar: "Jika keluar rumah, pakai pelitup muka dan patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana sehingga kini, saya masih trauma selepas kehilangan umi (ibu) akibat Covid-19," kata Nur Suha Safwa Md Diasa, 26.

Nur Suha baharu sahaja kehilangan ibunya, Najemi Pak Wan, 59, yang meninggal dunia selepas disahkan positif Covid-19 ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, 5 Julai lalu.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, keluarganya masih berada dalam keadaan trauma, walaupun arwah ibunya sudah pergi hampir 21 hari.

"Umi mengalami masalah buah pinggang sebelum dijangkiti Covid-19 ketika menerima rawatan.

"Kami kini yatim piatu kerana ayah meninggal dunia akibat sakit jantung sebelum ini.

"Kejadian ini memang tidak dapat dilupakan kami empat beradik, disebabkan itu saya merayu orang ramai keluar jika perlu sahaja dan jangan bersesak kerana virus Covid-19 ini tidak kelihatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nur Suha berkata, mereka bagaikan tidak percaya apabila ibunya boleh terkena jangkitan Covid-19 kerana sebelum ini keluarganya sangat berhati-hati dan mematuhi SOP ditetapkan.

"Umi menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.10 pagi di HSB selepas mengalami sesak nafas dan diberi bantuan sokongan alat pernafasan kerana kandungan oksigen badannya terus merosot.

"Jenazah umi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pendang pada hari sama, namun kesan pemergiannya sangat besar kepada keluarga kami," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!