About Me

Tikus punya pasal...


Andalusia: Sidang parlimen di Andalusia, Sepanyol, bertukar menjadi huru hara pada Rabu lalu, apabila seekor tikus dilihat memasuki dewan ketika ahli parlimen mahu membuat undian berhubung isu penting.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan ahli parlimen terkejut dan ada yang melompat dan menjauhkan diri.

Menurut laman web berita T13, Parlimen Andalusia terpaksa menghentikan seketika sesi mereka setelah tikus menyelinap masuk ke dalam bilik sementara anggota parlimen hendak memulakan undian untuk melantik Susana Diaz sebagai senator.

Speaker, Marta Bosquet ketika itu sedang berucap sebelum menjerit melihat tikus. Rakaman menunjukkan ahli parlimen melarikan diri manakala yang lain mengosongkan kawasan itu.

Menurut ABC Andalusia, Naib Presiden Kerajaan Wilayah Andalusia, Juan Marin berjaya menangkap tikus itu dan mereka menyambung sidang semula.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!