About Me

Tikam muka, kepala bapa saudara sehingga maut


TANGKAK – Berang ditegur bapa saudaranya, seorang bekas banduan tergamak menikam warga emas sebelum mangsa ditemui maut di Kampung Serom 3, Sungai Mati, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, mangsa meninggal dunia berusia 72 tahun.

Ujarnya, mangsa maut ditikam di beberapa bahagian anggota badan termasuk muka dan kepala menggunakan sebilah pisau.

“Polis yang menerima laporan kejadian pada pukul 1.19 tengah hari berjaya menahan suspek berusia 36 tahun itu selain merampas senjata yang digunakan untuk menikam mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek telah tinggal serumah sejak kecil. Pada hari kejadian, berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa ekoran pemuda itu sering ditegur bapa saudaranya untuk mencari pekerjaan.

“Bagaimanapun suspek berang dengan teguran itu sehingga berlaku perselisihan faham antara kedua mereka sebelum lelaki itu kemudian bertindak agresif menikam mangsa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, hari ini.

Mohd. Fadhil berkata, suspek akan direman esok dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, suspek yang baru dibebaskan dari penjara pada Januari lalu turut memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!