About Me

'Tidak seperti hari biasa'


Shah Alam: Suasana di Tanah Perkuburan Islam di Seksyen 21, di sini, 'sibuk' berbanding hari biasa apabila deretan van jenazah dilihat keluar masuk dari kawasan itu bagi proses pengebumian jenazah Covid-19.

Tinjauan di lokasi mendapati enam van jenazah yang diiringi polis tiba di tanah perkuburan itu sekitar 7.40 malam, manakala enam lagi jenazah dibawa van berasingan tiba sekitar 9.20 malam menjadikan seramai 12 jenazah pesakit Covid-19 dikebumikan malam ini sahaja.

Menurut penggali kubur di tanah perkuburan itu, sejak pagi sehingga 5 petang tadi, difahamkan seramai 14 jenazah pesakit Covid-19 selesai dikebumikan sehingga 5 petang.

Tinjauan juga mendapati ahli keluarga pesakit Covid-19 berkumpul di luar kawasan perkuburan sejak 4.30 petang yang mana difahamkan dua ahli keluarga atau waris dibenarkan masuk untuk melihat proses pengebumian.

Sementara itu, anak kepada seorang jenazah yang dikebumikan memaklumkan terkilan apabila tidak dapat menyempurnakan pengebumian ayahnya, Tukiman Roslan, 75, yang meninggal dunia pada Rabu lalu.

Menurut Irwan Tukiman, 39, kali terakhir dia melihat ayahnya menerusi panggilan video yang dibuat oleh sepupunya dimasukkan ke wad yang sama dengan ayahnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

"Ketika itu, ayah kelihatan okay saja. Tidak sangka dia pergi meninggalkan kami pada pagi esoknya sekitar 7.50 pagi.

"Sebagai anak sudah pasti saya terkilan kerana sepatutnya saya yang menguruskan pengebumiannya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, sehingga jam 12 tengah hari tadi, sejumlah 12,541 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara dengan 5,512 jangkitan direkodkan di Selangor.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!