About Me

Tidak dibenarkan guna surat MITI untuk rentas negeri


PETALING JAYA – Dokumen kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk merentas negeri tidak dibenarkan bagi mengelak dimanipulasi untuk tujuan pulang beraya bermula 18 hingga 21 Julai ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.

“Bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab daripada salah guna surat kebenaran MITI sebagai kelulusan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidiladha, semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri telah diarah meningkatkan penguatkuasaan.

“Semua SJR di sempadan negeri akan diarah untuk tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini bagi pergerakan rentas negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Acryl, mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan tersebut akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, larangan ini bagaimanapun tidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!