About Me

Terpaksa masak dan wuduk guna air mineral


Jasin: Derita ribuan penduduk yang terpaksa membeli air mineral untuk memasak dan berwuduk bakal selesai apabila Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka mengenal pasti pencemaran bau air paip berpunca operasi sebuah kilang kitar semula di Kawasan Perindustrian Jasin, di sini.

Susulan itu BKSA mengeluarkan notis serta-merta semalam, bagi memastikan semua kerja pembaikan dan pengubahsuaian sistem sedia ada di kilang berkenaan dilakukan dalam masa ditetapkan.

BKSA memaklumkan, pihaknya melakukan beberapa siri operasi dan penyiasatan berhubung aduan pengguna berhubung keadaan air paip yang berbau busuk sejak bulan lalu di beberapa kawasan sumber air mentah di daerah ini.

Katanya, selepas penguatkuasaan dilaksanakan sejak dua minggu, BKSA mengenal pasti punca masalah air berbau bagi pengguna air di sekitar Jasin dan Merlimau iaitu disebabkan kilang kitar semula di kawasan perindustrian itu.

"Hasil analisa makmal persempelan air yang diambil mendapati terdapat bahan dan bau yang sama seperti yang terdapat di loji intake Chinchin dan Lanchang.

"Pihak BKSA menerusi bahagian Penguatkuasaan mengemukakan notis arahan penutupan operasi kilang selama tujuh hari bermula hari ini dan BKSA juga akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa supaya pihak syarikat mematuhi segala aspek ditetapkan," katanya.

Mengulas lanjut, BKSA Melaka mengingatkan kepada semua syarikat atau individu yang sengaja atau tidak sengaja melakukan pencemaran sumber air boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 39, Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sejak beberapa minggu lalu, pengguna di sekitar Merlimau, Serkam dan Sungai Rambai merungut mengenai keadaan air paip yang berbau sehingga menjejaskan aktiviti harian mereka.

Berikutan itu, ada dalam kalangan mereka yang dilaporkan terpaksa membeli air mineral untuk memasak serta berwuduk.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!