About Me

Terlebih muatan durian, motosikal terpacak


PETALING JAYA – Gara-gara raga buah penuh berisi durian, motosikal ditunggang seorang lelaki terpacak sehingga ia kekal dalam posisi tersebut.

Rakaman kejadian itu tular di media sosial setelah ia dimuat naik sendiri lelaki tersebut yang dilihat tidak dapat menahan ketawanya kerana berasa geli hati dengan keadaan motosikalnya tersebut.

“Ha nampak tak, bukan senang. Terpacak terus. Habislah nak susun balik,” kata lelaki tersebut sambil ketawa yang didengar secara jelas menerusi rakaman berkenaan.

Rata-rata pengguna media sosial turut sama berasa geli hati dengan rakaman tersebut.

Ada antara mereka berseloroh dan berkata ia merupakan punca buah durian menjadi mahal.

“Patut harga durian sebiji sampai RM800, ini puncanya,” katanya Sahrul Azmy.

Menurut Nur Alia Amira pula: “Sebab itulah jangan tanya kenapa durian mahal walaupun dari negara sendiri.” 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!