About Me

‘Terima notis saya pi bayar’ – Sanusi


LANGKAWI – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu beliau akan membuat pembayaran sebaik sahaja menerima notis kompaun daripada pihak polis.

Menurutnya, beliau setakat ini belum menerima kompaun tersebut.

“Saya tunggulah (kompaun), saya tunggu. Dah dapat notis saya pi (pergi) bayar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan polis akan mengeluarkan kompaun terhadap Menteri Besar Kedah itu dalam masa terdekat selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji sebuah kenderaan di Auto City Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada bulan lalu. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!