About Me

Terima kasih PDRM


Kuala Terengganu: Dalam kesibukan menjalankan tugas hakiki tidak menghalang polis untuk turun padang menyantuni 20 pengayuh beca di Bandaraya Kuala Terengganu, hari ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, bantuan barangan keperluan harian diberikan adalah hasil kutipan di kalangan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu.

Beliau berkata, pengayuh beca antara golongan yang terkesan teruk kerana pandemik Covid-19 berikutan aktiviti pelancongan yang menjadi sumber pendapatan mereka tidak beroperasi.

"Pihak JSPT yang menjalankan rondaan sering melihat keberadaan golongan pengayuh beca yang majoritinya terdiri daripada warga emas.

"Melihat keadaan itu, mereka rasa terpanggil untuk membantu dan ini satu sikap yang terpuji kerana sanggup mengorbankan elaunmereka untuk disumbangkan kepada pengayuh beca," katanya.

Katanya, beliau berasa bangga dengan semangat dan sikap pegawai dan anggota JSPT berkenaan.

"Saya berharap ia menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai untuk turut mengambil bahagian dan cakna kepada kesusahan orang di sekeliling kita," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!