About Me

Tengku Zafrul pelawa Dr Mahathir kongsi idea pelaksanaan PPN


Langkawi: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan dipelawa berkongsi idea bersama kerajaan dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, pelawaan itu diterima daripada Menteri Kewangan yang juga Menteri Penyelaras PPN, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pagi ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu belum membuat sebarang keputusan mengenai jemputan itu.

"Tak pasti sama ada Menteri Kewangan (Tengku Zafrul) mempunyai idea bagaimana nak kurangkan kes Covid-19, tapi dia minta nak jumpa dengan saya.

"Permintaan itu dibuat pagi ini," katanya pada sidang media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) Kampung Teluk Berembang, Pulau Tuba, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi meninjau proses suntikan dos kedua vaksin Covid-19 kepada 204 warga emas dan berisiko di pulau itu.

Dr Mahathir berkata, beliau belum menentukan tarikh pertemuan itu.

"Saya belum tentukan (tarikh perjumpaan) lagi," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!