About Me

'Tanyalah khabar kami...'


Kuala Lumpur: Isteri kepada penyanyi Ezad Lazim, Zeana Ramli meluahkan perasaan mengenai dugaan menimpa suaminya.

Menurut Zeana, dia berharap sesiapa mengenali suaminya dapat bertanya khabar selain mengakui segan meminta pertolongan.

"I love you, B. Kuatkan semangat. Anak-anak perlukan kita. Sikit lagi sihatlah. Jangan risau. Semoga saya juga tabah. Tahun ini, dugaan kami begini pula.

"Saya kan 'superwoman'. Cuma tanyalah khabar kami sebab saya ini jenis segan nak minta tolong orang," katanya.


Menerusi hantaran di Instagram, Zeana juga berkongsi mengenai dugaan berat yang berlaku dalam situasi pandemik seperti sekarang.

"Cepatlah sihat. Nanti dengan siapa saya nak bergaduh. Saya nak bekerja, cari rezeki. Tanggungjawab rasa beratnya. Dengan anak kelas dalam talian. Saya nak buat apa-apa, terbatas.

"Mereka memerlukan saya. Hakikatnya, saya juga perlukan bahu orang juga. Sekarang, adik beradik pun tak dapat melawat tapi sekurang-kurangnya, semangat itu ada kan," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Zeana turut berkongsi video pendek menunjukkan suaminya yang terlantar di katil hospital.

Ezad sebelum itu dikejarkan ke hospital selepas diserang gastrik kronik dan selamat menjalani pembedahan pada 22 Julai lalu.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!