About Me

Tak 'jumpa' jalan, rempuh SJR


Pasir Puteh: Dua individu termasuk seorang wanita ditahan selepas motosikal dinaiki mereka merempuh dan melanggar anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Gong Jering Selising, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 4.15 petang itu, pasangan berusia 17 dan 18 tahun itu menunggang motosikal Yamaha Lagenda dipercayai dari arah Selising.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, anggota yang bertugas mendapati motosikal yang ditunggang lelaki menuju ke Kampung Gong Jering, dalam keadaan laju.

"Sebaik sampai di SJR berkenaan, anggota mengarahkan penunggang motosikal supaya berhenti untuk pemeriksaan, namun lelaki berkenaan memecut laju untuk masuk ke dalam kawasan PKPD terbabit.


"Beberapa minit kemudian, penunggang dan pembonceng motosikal itu berpatah balik dan merempuh SJR selain melanggar seorang anggota di lokasi berkenaan.

"Anggota yang bertugas mengejar motosikal itu sebelum berjaya menahan dua individu berkenaan tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Azmir berkata, akibat pelanggaran itu, anggota mengalami kecederaan di lengan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Hasil siasatan awal mendapati mereka mendakwa dalam perjalanan dari Kok Lanas ke Melor dengan melalui SJR Gong Jering.

"Mereka mendakwa melalui SJR dan tidak menemui jalan untuk menuju ke Melor sebelum berpatah balik ke arah SJR itu untuk keluar dari kawasan berkenaan.

"Kedua-dua mereka mengaku tidak mempunyai sebarang surat kebenaran rentas daerah dan kenderaan yang ditunggang mereka milik bapa kepada lelaki berkenaan," katanya.

Katanya, kedua-dua individu berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan polis turut merampas motosikal berkenaan untuk siasatan lanjut.

- HMetro

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!