About Me

Tajuddin dikompaun lagi


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun hari ini susulan tidak memakai pelitup muka ketika bersembang bersama seorang individu lain di ruang legar Parlimen, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, satu notis kompaun telah dikeluarkan terhadap beliau pada pukul 1 tengah hari ekoran pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Terdahulu polis menyedari gambar itu tular pada pukul 10 pagi hari ini melalui sebuah mesej yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @sultanoftasik.

“Pemilik memaparkan Tajuddin telah melanggar SOP PKP dengan tidak memakai pelitup muka di lokasi,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, hasil siasatan yang dijalankan mendapati beliau (Tajuddin) berada di lokasi kerana menghadiri Sidang Mesyuarat Khas Ahli Dewan Rakyat, semalam.

“Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 2.30 petang, beliau didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama dengan seorang individu lain di ruang legar Parlimen,” ujarnya.

Katanya, orang ramai dinasihati agar sentiasa mematuhi SOP PKP dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam dalam usaha memutuskan penularan jangkitan pandemik Covid-19.

Sebelum ini, bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) itu pernah dikompaun RM1,500 kerana melanggar SOP PKP susulan tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang akhbar pada 25 Mei lalu. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!