About Me

Sumbang kontena khas simpan mayat pesakit Covid-19


Klang: Pemuda Umno Kota Raja dengan kerjasama Pertubuhan Integrasi Nasional mengambil inisiatif menyumbang sebuah kontena khas untuk menempatkan mayat pesakit Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kota Raja, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad berkata, inisiatif berkenaan diambil selepas pihaknya melihat ruang pusat simpanan mayat pesakit Covid-19 di hospital berkenaan semakin berkurangan.

"Selepas melihat sendiri ruang penyimpanan mayat semakin terhad, saya terus mendapatkan sebuah kontena sejuk beku yang boleh memuatkan hampir 100 mayat dalam satu-satu masa dan menghantarnya ke bahagian kecemasan.

"Saya tidak mahu ruang yang terhad (penyimpanan mayat) menyebabkan mayat berbau kerana tidak ditempatkan di ruang beku. Justeru, saya tergerak hati datang membantu.

"Terima kasih kepada pihak Pengarah HTAR dan pegawai kerana sudi menerima sumbangan kami, Pemuda Kota Raja dan Selangor," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kontena 40 kaki (12.19m (panjang) x 2.44m (lebar) x 2.59m (tinggi) itu disewa pihaknya untuk kegunaan sementara menunggu kontena ditempah hospital tiba.

"Jika kontena yang ditempah pihak hospital sudah tiba, kami boleh mengeluarkan kontena berkenaan sekiranya diminta. Bagaimanapun jika hospital perlukan terus menggunakan kontena itu, kami tiada masalah," katanya.

Sheikh Weshal berkata, pihaknya juga dalam perbincangan untuk menyediakan beberapa van jenazah bagi kegunaan hospital berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berharap supaya kerajaan negeri dan Malaysia dapat menangani kes Covid-19 segera terutamanya di Selangor dan mencadangkan supaya dihentikan serta-merta pengoperasian kilang-kilang untuk sementara waktu.

"Nyawa manusia lebih berharga berbanding masalah lainnya. Tolonglah tangani isu ini dengan berkesan.

"Kami juga amat bersimpati dengan kepenatan dan tekanan yang dialami petugas barisan hadapan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!