About Me

Suami maut, isteri mengandung parah


Sibu: Suami maut manakala isteri yang mengandung tujuh bulan parah selepas motosikal ditunggang merempuh belakang lori di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini, semalam.

Dalam kejadian 3.15 petang itu, Roddy Dejah, 17, penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala isterinya Allina Cynthia Kilau, 17, pembonceng parah.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kemalangan berlaku ketika pemandu lori memberhentikan lori di lorong kiri kerana hendak membuat pemeriksaan lori yang mengalami kerosakan.

"Ketika sedang membuat pemeriksaan, motosikal yang ditunggang mangsa bersama isterinya datang dari arah belakang lorong yang sama telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori berkenaan.


"Penunggang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital Sibu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya,pembonceng dibawa ke hospital Sibu untuk mendapat rawatan.

"Hasil semakan didapati penunggang tidak memiliki lesen memandu dan motosikal ditunggang adalah milik emak isterinya.

"Pemandu lori berusia 54 tahun telah ditangkap dan dibebaskan dengan jaminan polis,"katanya.

Stanley berkata,kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!