About Me

Siti Nurbayah meninggal dunia dilanggar kereta


Yan: Seorang wanita berusia 52 tahun meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dilanggar Proton Saga pada kejadian di Jalan Batas Ubi di sini, jam 8.10 pagi tadi.

Kemalangan turut menyebabkan Proton Saga itu terbalik.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa, Siti Nurbayah Johari, dipercayai keluar simpang menyebabkan pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.

"Pemandu kereta itu berusia 23 tahun dan dalam perjalanan dari Yan menghala ke Guar Chempedak.

"Pemandu kereta cedera ringan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi. Mayat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat," katanya pada kenyataan.

Siti Nurbayah berkerja sebagai pembantu kedai dan menetap di belakang madrasah Kampung Perupok dekat sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!