About Me

Siti Nordiana teruskan saman


Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana, 36, akan meneruskan tindakan saman terhadap lima individu yang didakwa memfitnahnya pada sesi siaran langsung di Instagram, baru-baru ini selepas mereka gagal membuat permohonan maaf secara terbuka seperti dituntut sehingga jam 5.30 petang, semalam.

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana dalam satu kenyataan berkata, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama dan imejnya yang sudah tercalar.

"Saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama dan imej saya yang sudah dicalarkan oleh kenyataan-kenyataan sedemikian sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat daripada siaran di Instagram Live itu," katanya.

Insiden pada 20 Julai lalu jam 11.58 malam menerusi siaran Instagram Live yang tular itu dikendalikan Sheila Razlan dan disertai Lan Solo, Syura, Sam Samin dan Aida G. '

Ia didakwa menyiar, mengeluar dan menerbitkan kenyataan-kenyataan secara umum yang berunsur

fitnah dan tidak benar (false statement) terhadap Siti Nordiana.

"Atas nasihat peguam, saya sudah membuat satu laporan polis berbentuk penafian di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Cheras pada 23 Julai lalu dan seterusnya membuat kenyataan media bagi menjelaskan perkara sebenar kepada umum," katanya.

Siti Nordiana berkata, selanjutnya atas nasihat peguam, pihaknya menghantar Notis Tuntutan Permohonan Maaf kepada lima individu terbabit kelmarin yang antara lain menuntut permohonan maaf di dalam tempoh 24 jam.

"Memandangkan tiada permohonan maaf selepas tamatnya tempoh 24 jam itu, saya sudah mengarahkan peguam untuk meneruskan dengan tindakan saman terhadap mereka yang akan difailkan selewat-lewatnya Isnin ini," katanya.

Bagi menjalankan tindakan undang-undang diambilnya, Siti Nordiana melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!