About Me

Seorang maut, tiga pengsan terhidu kebocoran gas di Klinik Kesihatan


Port Dickson: Seorang petugas kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Pelandok di sini, meninggal dunia manakala tiga lagi pengsan di dalam ambulans sebaik tiba di Hospital Port Dickson pagi tadi.

Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba Mohammad Idris berkata, mangsa yang meninggal dunia adalah petugas lelaki berusia 29 tahun manakala tiga petugas lelaki lain yang tidak sedarkan diri berumur 30-an.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat berlaku kebocoran gas di Klinik Kesihatan itu jam 9.30 pagi.

"Seramai 35 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan HAZMAT ke lokasi untuk membuat pemeriksaan di premis namun mendapati tiada berlaku sebarang kebocoran.


"Pihak Klinik Kesihatan memaklumkan seorang petugas klinik itu rebah tiba-tiba selepas mengadu sakit dada sebelum tiga petugas lain membawa mangsa ke hospital menggunakan sebuah ambulans," katanya kepada media ketika ditemui di Hospital Port Dickson di sini.

Katanya, sebaik tiba di hospital, mangsa dan tiga petugas yang duduk di belakang ambulans didapati tidak sedarkan diri.

"Pihak hospital yang membuat pemeriksaan mengesahkan yang mangsa sudah meninggal dunia manakala tiga lagi sedang diberi rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Mohammad berkata, punca kejadian masih dalam siasatan, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku kebocoran gas di dalam ambulans.

"Ini kerana kejadian sama turut berlaku semalam (Rabu) apabila seorang petugas kesihatan yang menaiki ambulans sama didapati pengsan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!