About Me

Selangor, Kuala Lumpur masih dalam Fasa 1 PPN


Kuala Lumpur: Selangor dan Kuala Lumpur kekal dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) meskipun Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dilanjutkan di dua negeri berkenaan, semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar vaksinasi, bilangan kes positif Covid-19 dan tahap penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) antara nilai ambang indikator utama perlu dicapai Selangor dan Kuala Lumpur sebelum boleh beralih ke Fasa Dua PPN.

"Nilai ambang vaksinasi 10 peratus populasi dewasa sudah dicapai tetapi kes masih tinggi manakala tahap penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) masih kritikal (di Selangor dan Kuala Lumpur).

"Untuk makluman, PKPD akan dikenakan ke atas lokaliti yang merekodkan trend peningkatan kes Covid-19 yang mendadak," katanya dalam kenyataan hari ini.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!