About Me

Sekumpulan individu menari di hotel disiasat polis


Shah Alam: Polis mengesahkan menerima satu laporan mengenai pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) membabitkan sekumpulan individu yang menghadiri kursus dipercayai berlaku di sebuah hotel di sini.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 1 minit dan 34 saat yang memaparkan sekumpulan individu itu menari dalam sebuah dewan tanpa memakai pelitup muka serta tiada penjarakan sosial tular di Facebook.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memaklumkan program berkenaan didapati berlangsung pada April lalu yang mana negara sedang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Satu laporan polis mengenai pelanggaran SOP itu kita terima hari ini dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 (Melanggar SOP PKP).

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 ke atas individu manakala RM10,000 ke atas penganjur.

"Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya dalam kadar segera untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menerusi laporan, pengadu mendakwa kumpulan berkenaan dilihat sedang menari tanpa memakai pelitup serta tiada penjarakan sosial antara satu sama lain dan ia adalah satu pelanggaran SOP sebagaimana yang ditetapkan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!