About Me

Sebak tengok polis datang bawa bantuan


Jitra: "Makcik sebak tengok ramai sangat polis datang rumah sambil bawa kotak bantuan sebab makcik dah lama tak dapat bantuan," kata Rasna Salleh, 66 yang bersendirian di Kampung Imam, dekat sini, selepas kematian suami manakala tujuh anak tinggal berasingan.

Katanya, dua daripada anaknya kerap datang ke rumah menghantar makanan kerana dia tidak berdaya keluar sendirian.

"Bila ada polis datang nak bagi bantuan, makcik sebak. Makcik syukur sangat dengan bantuan ini sebab anak-anak pun ada yang duduk jauh dan tak boleh rentas daerah ketika ini," katanya. Sumbangan disampaikan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan.

Program itu membabitkan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu termasuk Skuad Aman Wanita (Amanita) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Sementara itu, Rodzi berkata, pada hari ini polis menyampaikan bantuan kepada 10 keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Jitra dan Kodiang.

Katanya, pemilihan keluarga dilakukan berdasarkan bancian dilakukan anggotanya terlebih dulu.

"Semalam kita sampaikan sumbangan kepada 10 keluarga menerusi Op Bantu bagi fasa pertama.

"Bantuan diberi untuk memastikan penduduk yang terkesan dapat makanan dengan sempurna," katanya ketika ditemui pada program penyerahan bantuan itu, hari ini.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!