About Me

Sanggup bakar rumah sendiri


Saratok: Polis menahan seorang lelaki yang juga penghuni sebuah rumah yang terbakar di Kampung Empelam, Kabong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mordani Tanin berkata, suspek berusia 28 tahun ditahan untuk membantu siasatan kes kebakaran rumah berkenaan.

"Dalam kejadian itu, beberapa orang kampung ternampak suspek membakar rumahnya sendiri dengan membakar tilam.

"Ketika kejadian, suspek dipercayai tinggal seorang diri sahaja di rumah berkenaan manakala ahli keluarga yang lain berada di Kuching," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ketika ditahan dan soal siasatan awal dijalankan, suspek tidak mengaku membakar rumahnya sendiri.

"Suspek yang dipercayai dipengaruhi dadah bertindak sangat agresif ketika disiasat pihak polis.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methampethamine," katanya.

Katanya, suspek direman mulai hari ini hingga 8 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Dalam kejadian jam 10.22 pagi semalam, sebuah rumah musnah dalam kebakaran, manakala tiga lagi turut terbakar 10 peratus.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!