About Me

Sampai ‘tergolek’ bawa pesakit, frontliner tetap bersemangat


PETALING JAYA – Siapa tidak tersentuh melihat pengorbanan yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan kita dalam melawan Covid-19 yang ketika ini masih lagi menular.

Terbaharu, menerusi klip video yang dikongsi di laman TikTok milik @suemayrra, kelihatan tiga orang petugas barisan sedang bergegas membawa pesakit untuk mendapatkan rawatan.

Namun malangnya, ‘stretcher’ yang membawa pesakit itu tiba-tiba terbalik dan lebih menyayat hati, salah seorang daripada petugas barisan hadapan itu turut rebah.

Bagaimanapun, klip video selama 15 saat itu tidak memaparkan lokasi sebenar kejadian.

Kejadian itu turut menyentuh hati pengguna TikTok yang rata-rata mendoakan agar kesemua mereka itu selamat dan dipermudahkan segala urusan semua petugas barisan hadapan kita.

“Semoga semua frontliner kita berada dalam lindungan Allah SWT,” kata Beban Team.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai @aidilaazharmatdaud.

“Kesiannya, semoga dipermudahkan segala urusan semua orang, jangan lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

Pada masa sama, orang ramai memuji semangat yang ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan walaupun sudah terjatuh tetap bangun demi amanah.

“Yang terbaring lesu tu mungkin tengah putus asa, tapi bangun balik mengenangkan tengah pikul amanah yang akan nanti dipersoal di akhirat,” kata MukaMacaron.

-K! ONLINE


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!