About Me

Sambut hari jadi, 10 lelaki dikompaun


KUCHING: Padah berkumpul dan mengadakan majlis hari jadi, 10 lelaki masing-masing dikenakan kompaun RM1,500 di hadapan sebuah rumah di Skim Penempatan Baru Stapok, Jalan Stapok Utama pada Ahad. 

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, kesemua mereka berusia antara 24 hingga 53 tahun itu dikompaun sekitar jam 6.30 petang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

"Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Padawan dan dibantu Balai Polis Kota Sentosa telah membuat pemeriksaan di hadapan rumah tersebut dan mendapati terdapat 10 lelaki sedang berkumpul dan duduk di bawah tempat letak kereta sambil makan dan minum tanpa mengamalkan penjarakan sosial. 

"Pemilik rumah mengaku telah mengadakan sambutan hari lahir saudaranya semasa pemeriksaan dibuat," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Berikutan itu, tegasnya, polis telah menerangkan kesalahan mereka dan telah mengeluarkan kompaun kerana tidak mematuhi SOP PKP 3.0 iaitu mengadakan majlis sambutan hari lahir serta tidak mengamalkan penjarakan sosial semasa PKP sedang berkuat kuasa. 

Jelas Aidil, kesemua kompaun itu dikeluarkan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021. 

Tambahnya, kesemua lelaki terbabit bersetuju dikompaun.

Tegas beliau, kompaun itu hendaklah dibayar dalam tempoh 14 hari iaitu sehingga 25 Julai 2021 di Pejabat Kesihatan berdekatan.

- Utusan Borneo Online 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!