About Me

Rempuh kenderaan polis, cuba lari sebab tiada lesen memandu


Kepala Batas: Polis menahan pasangan kekasih selepas mengejar kereta dinaiki mereka yang melarikan diri kira-kira enam kilometer dari Permatang Tok Bidan hingga ke Taman Abdullah Fahim, di sini, petang hari ini.

Difahamkan, mereka bertindak melarikan diri daripada polis berikutan lelaki yang memandu kereta tidak mempunyai lesen memandu dan dipercayai membawa barang larangan.

Mengulas lanjut, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, salam kejadian 6.30 petang itu, polis yang melakukan tugas rondaan menemui kereta Proton Wira dinaiki lelaki berusia 31 tahun bersama teman wanitanya berusia 33 dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, polis mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan sebanyak dua kali, namun enggan sebaliknya memecut laju kereta dinaiki hingga melanggar beberapa lampu isyarat.

"Anggota kemudian mengejar suspek dari Permatang Tok Bidan hingga Taman Abdullah Fahim dengan bantuan polis peronda yang ketika itu turut keluar membuat tugas rondaan kemudian mengepung suspek dengan menutup salah satu jalan keluar utama taman perumahan berkenaan.

"Suspek kemudian bertindak melanggar kenderaan anggota polis yang menutup jalan berkenaan sehingga mengalami beberapa kerosakan di bahagian hadapan sebelah kanan pemandu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, anggota kemudian terus membuat tangkapan ke atas suspek lelaki dan juga teman wanitanya untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan awal mendapati suspek bertindak melarikan diri dari polis berikutan memandu kereta tanpa lesen dan dipercayai membawa barang larangan.

"Semakan ke atas suspek lelaki mendapati dia mempunyai 18 rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah manakala teman wanitanya mempunyai tiga rekod berkaitan dadah," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial kejadian polis mengejar dan menahan suspek di kawasan taman perumahan yang dirakamkan penduduk berdekatan hingga menimbulkan tanda tanya.

Noorzainy berkata, siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek masih lagi diteruskan di Balai Polis Kepala Batas, di sini.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!