About Me

Polis tahan 3 warga asing terbabit pergaduhan beramai-ramai


BATU PAHAT: Tiga lelaki warga asing ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan sekumpulan pekerja di sebuah asrama pekerja kilang di Sri Gading, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhamad Izzudin Rungai, berkata dua suspek berkenaan adalah warga Bangladesh dan seorang warga Sri Lanka masing-masing berusia antara 23 hingga 33 tahun.

"Dalam kejadian itu, seorang suspek warga Sri Lanka yang juga pekerja kilang parah di bahagian kepala.

"Mangsa kini dalam keadaan stabil dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat," katanya dalam kenyataan, malam ini.


Muhamad Izzudin berkata, susulan kejadian itu, polis menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan siasatan di tempat kejadian.

"Kes di siasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh didenda atau penjara sehingga lima tahun," katanya.

Sementara itu, tular di media sosial rakaman video pergaduhan sekumpulan pekerja warga asing sebuah asrama pekerja di Sri Gading, hari ini.

- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!