About Me

Polis siasat pegawai khas ahli politik langgar SOP SPP


Sungai Besar: Polis memulakan siasatan terhadap pegawai khas kepada seorang ahli politik berhubung status dan gambar dimuat naik di laman Facebook yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada pihak berkaitan.

Beliau berkata, status dan gambar itu tular sejak 23 Jun lalu. Ia menunjukkan wanita terbabit bergambar secara berkumpulan semasa menghadiri sesi perbincangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya hari ini.


Terdahulu, tular di laman sosial berkaitan tindakan wanita terbabit memuat naik status dan gambar melanggar SOP di Facebook.

Tindakan itu mengundang kemarahan orang ramai yang menganggapnya sebagai keterlaluan sebelum laporan polis dibuat.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!