About Me

Polis siasat Ahli Parlimen di Kedah langgar SOP


Alor Setar: Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar seorang Ahli Parlimen bergelar Datuk di negeri ini yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya membuka siasatan berhubung kes itu mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.

"Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan dan kita akan panggil beberapa saksi bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam gambar yang tular di media sosial, Ahli Parlimen terbabit yang juga bekas timbalan menteri dilihat duduk bersila di atas meja sambil minum teh serta bersembang bersama beberapa individu secara terbuka dalam satu program bantuan.

Berikutan itu, orang ramai mempertikai tindakan Ahli Parlimen berkenaan sedangkan negeri itu masih berada dalam tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!