About Me

Polis pantau 'laluan tikus' di Selangor


KUALA LUMPUR: Semua lokasi dipercayai berpotensi menjadi 'laluan tikus' di mukim dan lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar ibu negara serta Selangor tidak akan terlepas daripada pemantauan polis.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata ia bagi memastikan penduduk tidak menggunakan laluan itu untuk meloloskan diri bagi merentas daerah serta negeri.

"Kawalan, pemantauan dan pemerhatian oleh anggota serta pegawai polis diteruskan di laluan terbabit," katanya pada BH, hari ini.

Beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebahagian besar mukim di lapan daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari, bermula semalam.

Pelaksanaan PKPD di 14 lokaliti sekitar Kuala Lumpur, menggunakan kaedah sama seperti PKPD sebelum ini dengan pemasangan kawad berduri dan penghadang jalan.

PKPD di Selangor pula tertumpu kepada penugasan sekatan jalan raya (SJR) dan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan tahap pematuhan orang awam terhadap SOP PKPD.

"Kita ada sekatan jalan raya secara statik dan pada masa sama pemeriksaan dibuat secara bergerak bagi memantau pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat," katanya.

- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!