About Me

PM stabil, keadaan kesihatan bertambah baik


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu masih menerima rawatan di wad akibat jangkitan pada sistem penghadaman.

Menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri, perkembangan kesihatan beliau selepas menjalani pemeriksaan kesihatan rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

"Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

"Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan.

"Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!