About Me

Penjual musang king rugi RM414,932 ditipu pembeli


KUANTAN – Seorang penjual durian mengalami kerugian RM414,932 selepas ditipu dalam 26 transaksi pembelian durian musang king di Jalan Sungai Klau di Raub.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 30 Jun lalu apabila mangsa dihubungi seorang lelaki dikenali Yifong yang mahu membeli 10 bakul durian musang king gred A dan B bernilai kira-kira RM7,800.

“Pada hari sama kira-kira pukul 8.40 pagi seorang lelaki yang mendakwa pekerja Yifong datang ke kedai mangsa menyatakan telah membuat pembayaran RM7,800 secara pindahan wang dan menunjukkan bukti transaksi yang dilakukan oleh majikannya.

“Selepas itu urusan jual beli diteruskan seorang lelaki bernama Lok Kiam Thong bermula 1 sehingga 27 Julai dengan pembayaran dilakukan secara dalam talian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir mangsa menyedari ditipu selepas mendapati tiada wang dimasukkan ke dalam akaunnya ketika membuat semakan pada 27 Julai lalu.

“Pengadu telah membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati bayaran yang sepatutnya dikreditkan ke dalam akaun milik syarikat sebanyak RM414,932 dengan 26 kali transaksi tiada.

“Pengadu telah membuat laporan kerana telah ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!