About Me

Peniaga kecil mahu kembali beroperasi


Kuala Lumpur: Kelonggaran ekonomi perlu diberikan untuk penjaja dan peniaga kecil kembali beroperasi susulan tiada lanjutan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat.

Presiden Gabungan Persatuan Peniaga dan Penjaja Malaysia Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, seramai 1.6 juta penjaja dan peniaga kecil seluruh Malaysia kini sudah 'nazak' ekoran ketiadaan aliran tunai sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, golongan ini sudah terdesak dan keputusan kerajaan tidak melanjutkan Proklamasi Darurat perlu digunakan untuk kembali mengaktifkan ekonomi mikro.

"Penjaja dan peniaga perlu diberi ruang selepas tiada lanjutan Proklamasi Darurat untuk berniaga kerana mereka sudah hilang punca pendapatan.

"Walaupun perlu patuh pelbagai prosedur operasi standard, mereka pasti akur kerana apa yang penting perut terisi apabila ada pendapatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kebenaran yang diberikan juga membolehkan kuasa beli masyarakat yang kini lemah menjadi kuat.

Katanya, keuntungan tidak boleh dirasai jika kuasa beli terus perlahan dan ia memerlukan masa untuk kembali rancak.

"Ruang kembali bernafas perlu diberikan kerajaan kerana ekonomi mikro antara penyumbang kepada keampuhan ekonomi negara secara menyeluruh," katanya.

Kini hanya beberapa sektor ekonomi penting dibenarkan beroperasi dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tambahan beberapa sektor lain bagi negeri yang sudah memasuki Fasa Dua PPN.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!