About Me

Pembayaran i-Sinar dipercepatkan, i-Citra dibayar mulai Ogos


Kuala Lumpur: Pembayaran i-Sinar bagi Ogos diawalkan kepada 26 dan 27 Julai ini, menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWSP dalam kenyataan di Facebooknya hari ini berkata, pengkreditan akan dibuat dalam tempoh satu hingga lima hari bekerja, bergantung kepada prosedur sesebuah bank.

"Bayaran i-Sinar bagi Ogos diawalkan kepada 26 dan 27 Julai 2021.

"Ahli KWSP turut disarankan untuk mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (ahli) dan menghubungi talian 03-89224848 bagi sebarang pertanyaan berkaitan dengan i-Sinar," kata kenyataan itu.


Sementara itu, KWSP dalam pengumuman berasingan memaklumkan, bayaran bagi i-Citra akan dibuat secara berperingkat mulai 2 Ogos depan.

Katanya, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan dilakukan dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja.

"Bagi bayaran secara Arahan Bayaran, pencarum akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!