About Me

Pemandu lalok dadah, mabuk cuba rempuh polis


Beaufort: Dua das tembakan terpaksa dilepaskan untuk menghentikan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki selepas cuba melanggar anggota polis ketika diperiksa di sini, semalam.

Dalam kejadian di kawasan kebun getah, Batu Abai, Kuala Penyu itu, lelaki berusia 57 tahun yang memandu Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dijalankan, lelaki itu tiba-tiba bertindak agresif dengan mengundurkan keretanya dan cuba melanggar anggota polis.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Yaacob berkata, anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar belakang kereta suspek.

Menurutnya, suspek yang dipercayai dalam keadaan mabuk dan lalok dadah terpaksa menghentikan kenderaan dan cuba melarikan diri.

"Suspek berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis dan soal siasat mendapati suspek mengaku ketakutan ketika diminta berhenti kerana baru saja mengambil syabu dan berada dalam keadaan mabuk," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, pemeriksaan lanjut menemui sebilah pisau dan parang dalam kenderaan suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek turut mempunyai lima kes jenayah lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1858," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!