About Me

Pelajar kolej didakwa laku amang seksual, rompak


KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar kolej dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak dan remaja perempuan serta merompak mereka, pada awal bulan ini.

Tertuduh, Ahmad Zuldanial Zulkifli, 22, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan remaja perempuan 16 tahun di jalan belakang sebuah kawasan perumahan di daerah ini pada pukul 11.30 malam, 4 Julai lalu.

Ahmad Zuldanial didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa merompak serangkai anak kunci motosikal Honda EX5 daripada kedua-dua mangsa di lokasi, tarikh dan masa sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Nooriah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM14,000 dan seorang penjamin serta menetapkan sebutan kes pada 16 Ogos depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Rabi’atul ‘Adawiah Soupy manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!