About Me

Pekebun durian direman, kompleks mahkamah kecoh


RAUB – Proses permohonan reman 18 pekebun durian Musang King di Kompleks Mahkamah Raub hari ini kecoh selepas berlaku pertengkaran antara pihak berkuasa dan beberapa pemimpin politik.

Pertengkaran mula hangat selepas seorang anggota polis meminta orang ramai termasuk pemimpin politik keluar daripada kawasan mahkamah selepas individu direman dibawa ke balai polis.

Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dilihat tidak berpuas hati sehingga berlaku sedikit provokasi terhadap anggota polis yang memberikan arahan supaya keluar dari kawasan itu.

Dalam pada itu Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun durian Musang King direman dua hari sehingga eso untuk siasatan lanjut.

Kesemua mereka ditahan pada semalam selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!