About Me

Pakaian mangsa hancur mungkin dicakar harimau


KOTA BHARU – Polis tidak menolak kemungkinan mayat reput yang ditemui di Lata Cheng, Machang petang kelmarin menjadi mangsa serangan binatang buas seperti harimau atau babi hutan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat, polis menemui kesan seperti cakaran harimau dan bekas tapak kaki babi hutan.

Katanya, selain itu, pemeriksaan pada pakaian yang dipakai mangsa turut mendapati ia sudah hancur dipercayai akibat dicakar oleh binatang buas.

“Tulang-tulang daripada rangka badan mangsa juga ditemui dalam keadaan berselerak sehingga 10 meter.

“Hasil siasatan awal, mayat berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh lima hari sebelum ditemui oleh seorang penduduk selepas terhidu bau busuk,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Hamzah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Abdullah, mayat mangsa dijangka dibedah siasat di unit forensik Hospital Machang hari ini untuk mengenal pasti punca kematian selain jantina dan identiti mangsa.

Kosmo! Online semalam melaporkan, satu mayat reput yang sudah berkecai keseluruhan anggota badannya ditemui dalam keadaan mengerikan di bawah pokok petai di Lata Cheng kelmarin.

Mayat yang tidak dapat dikenalpasti jantina dan identiti itu dipercayai telah dimakan oleh binatang buas yang membawanya ke lokasi tersebut. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!