About Me

Orang Melaka boleh takbir dan solat sunat Aidiladha


Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengekalkan jumlah maksimum 100 jemaah yang dibolehkan menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid kariah negeri ini.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, berkata, pihaknya turut membenarkan semua surau serta institusi yang memperoleh kebenaran khas daripada Pejabat Mufti Negeri mengadakan solat sunat berkenaan dengan dihadiri 50 jemaah.

Bagaimanapun katanya, jumlah jemaah bagi tujuh masjid kerajaan ditetapkan seramai 500 jemaah.

"Masjid dan surau yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan mendirikan solat sunat Aidiladha secara berkumpulan, sebaliknya hendaklah melakukannya di rumah masing-masing.


"Pelaksanaan solat sunat di masjid dan surau yang mempunyai kes jangkitan wabak dan sudah diarahkan

menangguhkan aktiviti oleh JAIM sebelum ini juga tidak dibenarkan. Penduduk di kawasan terbabit diminta untuk mendirikan Solat Sunat Aidiladha di rumah masing masing," katanya tadi.

Che Sukri berkata, kehadiran jemaah adalah berdasarkan jumlah maksimum yang ditetapkan dan hendaklah dilaksanakan dalam bangunan masjid dan surau dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter.

"Pemasangan khemah di kawasan masjid dan surau, tidak dibenarkan. Umat Islam dibolehkan mengadakan takbir hari raya secara berkumpulan di masjid dan surau dengan syarat ia dilakukan selepas Solat Maghrib pada 19 Julai ini sehingga jam 10 malam/

"Beberapa perkara yang tidak dibenarkan adalah jamuan selepas solat sunat Aidiladha kecuali secara berbungkus dan diedarkan untuk dibawa pulang.

"Selain itu, kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tidak dibenarkan menyertai solat sunat berkenaan selain mengekalkan larangan ke atas warga asing untuk menyertai aktiviti ibadah di masjid serta surau di negeri ini," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!