About Me

Operasi memusnahkan kebun haram Musang King bermula


RAUB – Jabatan Perhutanan Negeri terus bertindak tegas terhadap aktiviti pencerobohan hutan apabila memulakan operasi memusnahkan kebun haram durian Musang King di dalam Hutan Simpan Batu Talam, dekat sini bermula semalam.

Difahamkan kawasan seluas kira-kira 101 hektar itu mempunyai pokok durian Musang King yang mula luruh dan mengeluarkan hasil.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datuk Mohd, Hizamri Mohd. Yasin berkata, operasi yang melibatkan pelbagai agensi berkaitan itu bermula semalam sehingga 2 Ogos depan di kawasan hutan simpan berkenaan.

“Penugasan semalam tertumpu kepada rondaan dan tangkapan bagi individu-individu yang memasuki hutan simpan tanpa kebenaran.

“Anggota penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang melaksanakan tugasan rondaan dan tangkapan manakala anggota selebihnya menjalankan kerja penandaan zon kawasan tebangan bermula hari ini,” katanya hari ini.

Menurut beliau, sehingga semalam seramai empat individu sudah ditahan kerana menceroboh hutan simpan di bawah Akta Perhutanan 1984 dan dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub untuk tindakan lanjut.

Katanya, tangkapan itu melibatkan dua pekerja warga asing dan dua pekerja warga tempatan selain sitaan sebuah motosikal, sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah Land Rover.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui yang hadir bersama beberapa pekebun ke kawasan sekatan semalam mendakwa pekebun telah mendapat kebenaran mahkamah sebelum ini untuk masuk ke kebun berkenaan.

Katanya, kira-kira 20 pekebun yang mengusahakan kawasan berkenaan sejak kira-kira 10 tahun lalu mengalami kerugian apabila buah durian Musang King yang baru luruh tidak dapat dikutip.

 -K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!