About Me

Operasi Memusnahkan Kebun Haram Durian yang telah diusahakan oleh Pekebun di sekitar Daerah Raub

KENYATAAN AKHBAR

Operasi Penguatkuasaan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Daerah Raub

- Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersama-sama Agensi Kerajaan Negeri telah menjalankan Operasi Memusnahkan Kebun Haram Durian yang telah diusahakan oleh Pekebun di sekitar Daerah Raub. Operasi ini yang mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah tertumpu disekitar kawasan HSK Batu Talam dengan anggaran keluasan 250 ekar. 

- Operasi yang diadakan ini ialah tertumpu kepada tindakan memusnahkan kesemua tanaman durian yang telah ditanam secara haram oleh pekebun-pekebun ini dan disamping itu juga anggota Operasi akan membuat tangkapan keatas mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kedalam kawasan HSK tanpa kebenaran dan akan menyita apa-apa jua barang dan kenderaan yang dibawa bagi apa-apa tujuan kedalam kawasan HSK. 

- Sepanjang Operasi ini dijalankan, pihak Jabatan berdepan dengan keadaan provokasi oleh pekebun haram. Antara tindakan yang mereka lakukan ialah dengan membuat halangan kepada kenderaan Jabatan untuk keluar dan masuk ke kawasan ini serta menghalang anggota dari menjalankan tugas. Oleh itu beberapa laporan polis serta rakaman video telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan susulan. 

- Untuk hari ni sahaja pihak Jabatan telah menahan seramai 18 orang yang disyaki pekebun haram kerana telah memasuki kawasan HSK tanpa kebenaran dan telah membuat provokasi yang melampau kepada anggota Jabatan. Kesemua 18 orang ini telah ditahan di IPD Raub untuk dibuat tahanan reman dan akan disiasat selanjutnya serta diambil tindakan dibawah peruntukan Akta Perhutanan Negara. 

- Pegawai Penyiasat Jabatan akan menjalankan tugas-tugas siasatan selanjutnya bagi memastikan kesemua pekebun haram ini dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Sekian, 

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!